Home / Profil Pengurusan / Pendekatan Maahad Tahfiz Mutiara

Pendekatan Maahad Tahfiz Mutiara

  • Al-Quran diturunkan sebagai petunjuk bagi manusia dan pembeda diantara hak dan batil (lihat Al-Baqarah Ayat 185) tetapi hari ini muslim hidup seolah-olah tiada Al-Quran. Walaupun Al-Quran mengandungi penyelesaian bagi segala masalah manusia, umat Islam mundur, lemah, berpecah-belah dan ketinggalan dalam semua bidang hidup berbanding dengan umat lain.
  • Punca kemunduran ini adalah sejak abad ke empat belas masehi, muslim telah meninggalkan ilmu dan keserjanaan dan tenggelam dalam kegelapan kejahilan dan hawa nafsu, sambil Barat mengambil ilmu dari sarjana-sarjana muslim, mengembangkannya dan membina tamadun berasaskan sains dan teknologi.
  • Untuk maju umat perlu menebus kembali keilmuan dengan disiplin-disiplinnya. Keperluan asas bagi itu adalah kemahiran berfikir secara kritis.
  • Atas kesedaran inilah MTM menambah pengajaran bahasa dalam kurikulumnya. Penguasaan bahasa menajamkan intelek, memudahkan pemahaman dan mencerna keinginan tahu dan mencetus idea-idea baru.
  • Bahasa Inggeris diiktiraf sebagai bahasa dunia yang utama dan membuka pintu kepada dunia sains dan teknologi sementara Bahasa Arab adalah bahasa Al-Quran dan Jannah. Penguasaan kedua-dua bahasa ini bukan sahaja akan memudahkan pemahaman kandungan Al-Quran akan tetapi memperbaiki pemikiran dan akhlak muslim dan mengembangkan kreativiti dan produktiviti mereka.
  • Moga-moga pendekatan yang MTM ambil ini akan melahirkan lulusan-lulusan yang akan menyumbang bakti ke arah penambahbaikan umat. Amin.

Check Also

Staf MTM

MAHBOUB HAMZA – GURU UTAMA Seorang berbangsa Algeria berumur 30 tahun, Mahboub Hamza menyertai Maahad …