KEISTIMEWAAN MTM

  • Disamping hafazan Al-Quran dan Pendidikan Islam MTM akan mengajar Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris bagi menajamkan intelek dan daya pemahaman.
  • Semua mata pelajaran akan menggunakan aplikasi melalui Tablet bagi mengambil manfaat kemajuan teknologi dalam pendidikan termasuk Al-Quran menjadikan pelajaran lebih menarik. Seterusnya, ini akan mengurangkan kebergantungan kepada buku teks.
  • Bahasa secara amnya adalah alat pemikiran dan pemahaman. Perkataan membawa makna. Lebih banyak perkataan atau kosa kata yang diketahui lebih luas daya pemahaman dan lebih fasih serta jelas dalam proses pertuturandan penulisan. Ini adalah kemahiran-kemahiran asas bagi mencapai kejayaan dalam pendidikan dan dalam kerjaya masa hadapan. InsyaAllah.
  • Menguasai Bahasa Arab memudahkan pemahaman bahasa Al-Quran dan Pengajian Islam dan membuka peluang melanjutkan pelajaran ke universiti-universiti di Timur Tengah.
  • Bahasa Inggeris diiktiraf sebagai bahasa utama ilmu termauk dibidang sains dan teknologi serta bahasa perdagangan dunia.
  • Penguasaan bahasa Inggeris membuka peluang luas bagi pelajar-pelajar memasuki universiti didalam berbagai-bagai disiplin didalam dan diluar negara dan meluaskan bidang kerjayatermasuk di sektor swasta. Kefasihan berbahasa Inggeris yang akan digandingkan juga dengan mata pelajaran Critical Thinking memupuk kepercayaan diri yang tinggi serta kemahiran komunikasi dan sosial.