Home / Uncategorized / Mutiara Integrated Primary School (MIPS)

Mutiara Integrated Primary School (MIPS)

www.mips.com.my

Pendekatan Pendidikan

  • Sekolah Rendah Integrasi Mutiara (MIPS) mengikuti sistem pendidikan negara dari sudut kurikulum dan peperiksaan tetapi berbeza dalam cara mengajar,penekanan-penekanan tertentu dan nisbah Guru:Murid. Pemilihan pendidikan arus perdana sebegini memudahkan murid-murid melanjutkan pelajaran dan kerjayanya, sambil mengambil manfaat kemajuan pendidikan di negara-negara lain.
  • MIPS menawarkan pendidikan seimbang diantara akademik dan diniah.
  • Dalam pelajaran akademik MIPS menekankan pembinaan minda kritikal dan kepercayaan diri melalui penguasaan bahasa Melayu dan Inggeris.Dan sambil mengejar kecemerlangan , MIPS akan mengelakkan terperangkap dalam mentaliti memburu seberapa banyak “A”.
  • Dalam pendidikan diniah ilmu-ilmu fardhu ‘ain berdasarkan sumber yang sahih dari Al-Qur’an dan As-Sunnahakan diajar tetapi penekanan kuat akan ditumpukan terhadap amalan-amalan harian, pembinaan akhlak mulia dan keperibadian Islami. Murid-murid, contohnya, akan diasuh dalam 3S (Senyum, Salam dan Sapa), kebersihan, tolong menolong, berkata benar dan sebagainya. Murid-murid juga akan diajar membaca dan menghafaz Al-Quran dan asas-asas bahasa Arab.
  • Untuk keberkesanan pengajaran dan pembelajaran kelas-kelas di MIPS tidak akan melebihi 20 orang murid.

Alamat:
Jln Tasek Raja Lumu K, U4/K Seksyen U4 40150 Shah Alam, Selangor.

Telefon : 03-7859 0084
Fax :03-7859 0094
E-Mail : mutiara.integrated@gmail.com

Waktu Pejabat:
Isnin – Jumaat : 09.00 Pagi – 05.00 Petang
Sabtu Ke-1/Ke-3/Ke-5 : 09.00 Pagi – 05.00 Petang

Check Also

Kem Al-Quran (Bahasa)

(Sila klik di sini untuk pendaftaran & Pembayaran) VERSI BAHASA MAAHAD TAHFIZ MUTIARA menganjurkan Kem …