MAKSUD AL-QURAN
Home / Pendaftaran / Peraturan Pelajar Maahad Tahfiz Mutiara

Peraturan Pelajar Maahad Tahfiz Mutiara

PERATURAN MAAHAD

Bil. Kandungan Muka Surat
1 Peraturan Am 2
2 Hari-hari Pengajian dan Rehat 3
3 Lawatan oleh ibubapa dan bermalam dirumah 3
4 Cuti Maahad 3
5 Waktu Pengajian 4
6 Perhimpunan Maahad 5
7 Hubungan Dengan Orang Luar 5
8 Pakaian Seragam Maahad 5 – 6
9 Barang-barang Larangan 6
10 Rupa Diri 6
11 Yuran 7
12 Ujian dan Peperiksaan 7
13 Akhlak 7
14 Penggunaan Tablet 8
15 Buku 8
16 Harta Benda Maahad 9
17 Pejabat 9
18 Bilik Guru 9
19 Bilik Kelas 9
20 Tandas 9
21 Peraturan di Surau 10
23 Penggunaan Kantin/ Tempat Makan 11
24 Peraturan Khas 11
25 Jenis Salah Laku 11 – 13
26 Tindakan / Denda 14

PERATURAN ASRAMA

Bil. Kandungan Muka Surat
1 Kawasan dan Bilik Asrama 15
2 Bilik Air dan Bilik Membasuh 16
3 Waktu Makan 16 – 17
4 Kiriman Bungkusan Makanan 17
5 Pakaian Pelajar 17 – 18
6 Peraturan Kad Keluar Penghuni 18
7 Keluar Bermalam 18 – 19
8 Peraturan Waktu Malam 19
9 Kecemasan/ Sakit 19
10 Pelawat 19 – 20
11 Surau/ Musolla 20
12 Kawasan Larangan 21
13 Tatasusila Penghuni Asrama 21
14 Tindakan tatatertib 22
15 Barang-barang larangan 22 – 23

 

1. Peraturan Am

1.1.     Setiap pelajar dikehendaki mematuhi setiap peraturan yang terkandung di dalam Buku Peraturan ini dan apa-apa jua peraturan yang dikeluarkan oleh maahad dari masa ke semasa selepas daripada ini.

1.2.    Semua pelajar yang berdaftar dan belajar di maahad ini dikehendaki memiliki dan mengamalkan nilai akhlak yang baik, bersopan dan berbudi bahasa sepanjang masa sama ada di dalam atau di luar kawasan maahad.

1.3.    Setiap pelajar tidak boleh berkelakuan dengan cara yang dapat ditakrifkan atau dianggap sebagai:

  • Mencemarkan nama baik maahad dan individu.
  • Melakukan perbuatan merosakkan harta maahad atau harta perseorangan atau harta awam.
  • Mengganggu ketenteraman dan perpaduan maahad.
  • Menimbulkan kegelisahan dan atau persengketaan dalam kalangan pelajar atau kakitangan maahad.
  • Melakukan perbuatan menghina mana-mana pihak atau individu.
  • Melakukan perbuatan menyiksa dan mengugut mana-mana individu.
  • Tidak senonoh atau melakukan perbuatan yang tidak sepatutnya dilakukan oleh pelajar.

1.4.    Setiap pelajar dikehendaki belajar bersungguh-sungguh.

1.5.    Setiap pelajar dikehendaki menyertai semua kegiatan yang diadakan oleh maahad sama ada bercorak akademik, diniah atau kokurikulum.

1.6.    Setiap pelajar dikehendaki sentiasa menunjukkan prestasi yang cemerlang dalam bidang akademik, diniah, kokurikulum dan tingkah laku.

I.7.    Pelajar dilarang melakukan sesuatu yang membahayakan diri sendiri atau orang lain.

1.8.    Semua pelajar mesti berada di tempat-tempat yang telah ditetapkan mengikut masa yang ditetapkan semasa aktiviti di maahad dijalankan.

2.   Hari-hari Pengajian dan Rehat

2.1.     Hari pengajian Maahad setiap minggu adalah dari Isnin ke Jumaat. Hari Sabtu dari 7.00 pagi hingga 12.30 tengahari adalah waktu aktiviti-aktiviti ko-kurikulum.

2.2.    Hari Sabtu dari 12.30 tengahari hingga 6.00 petang dan hari Ahad dari 7.00 pagi

Hingga 6.00 petang adalah waktu-waktu rehat bagi pelajar.

3.   Lawatan oleh Ibubapa dan Bermalam di Rumah

3.1   Tiap-tiap minggu ibubapa boleh melawat anak mereka di waktu-waktu rehat pelajar seperti (2.2) diatas. Di waktu-waktu itu pelajar boleh dibawa keluar dengan syarat dikembalikan selewat-lewatnya jam 6.00 petang.

3.2   Setiap bulan, kecuali bulan pertama pengajian, pelajar dibenarkan pulang dan bermalam dirumah dihujung minggu pertama. Mereka boleh diambil selepas 5.00 petang hari Jumaat dan mesti dikembalikan sebelum 6.00 petang hari Ahad.

3.3   Pelajar tidak dibenarkan bermalam dirumah kawan semaahad kecuali jika ibubapa telah menghubungi ibubapa kawannya memberi izin.

3.4   Dalam sebulan pertama selepas pendaftarannya di Maahad, pelajar tidak dibenarkan dihubungi dan dilawati samasekali. Ibubapa yang perlu menghubungi anak atas hal-hal tertentu hendaklah meninggalkan pesanan dengan pihak pentadbiran Maahad sahaja.

4. Cuti Maahad

4.1   Maahad cuti mengikut takwim sekolah kerajaan kecuali :

a)      Permulaan tahun pada 1 Januari.

b)     Cuti hujung tahun hanya dua minggu dari 1 hingga 14 Disember atau tarikh-tarikh yang paling berdekatan yang bermula dengan sabtu dan berakir dengan Ahad.

4.2   Cuti-cuti awam seperti Tahun Baru Cina, Hari Buruh & Hari Merdeka tidak merupakan cuti Maahad tetapi dikumpulkan agar dipanjangkan cuti Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha.

4.3   Takwim tahunan akan dipaparkan di laman Web Maahad.

5. Waktu Pengajian

Sesi pembelajaran setiap hari bermula 5.00 pagi dan berakhir pada pukul 10.00 malam.

5.1      Semua pelajar mestilah berada di tempat yang ditentukan tepat pada masanya.

5.2     Kehadiran akan direkodkan pada waktu pembelajaran bermula. Pelajar dikira lewat jika hadir selepas 5.00 pagi.

5.3     Lampu, kipas, semua bekalan elektrik, pintu dan tingkap hendaklah ditutup sebelum meninggalkan sesuatu kelas.

5.4     Pelajar tidak dibenarkan keluar dari kawasan maahad semasa sesi pembelajaran kecuali mendapat kebenaran daripada Mudir.

5.5     Pelajar tidak dibenarkan berada di dalam kelas dan kawasan larangan pada masa rehat kecuali dengan kebenaran guru atau mereka yang bertugas.

5.6     Kehadiran ke maahad adalah wajib.

5.7     Menghadiri kelas hafazan, diniah dan bahasa adalah wajib.

5.8    Pelajar wajib hadir dalam aktiviti yang dianjurkan oleh sekolah.

5.9     Mana-mana pelajar yang tidak dapat hadir wajib memberitahu Mudir atau wakilnya secara lisan atau bertulis.

5.10   Pelajar yang tidak hadir ke maahad tanpa kenyataan dikira PONTENG.

5.11      Surat-surat peringatan tentang kehadiran pelajar, tingkah laku, dan apa jua  yang berkaitan dengan persekolahannya yang bertentangan dengan peraturan maahad akan dihantar kepada ibu bapa atau penjaga. Ibu bapa atau penjaga perlulah memberi maklum balas dan akur dengan sebarang keputusan dan tindakan yang diambil oleh maahad ke atas pelajar berkenaan.

5.12    Jika pelajar tidak hadir ke maahad tiga hari berturut-turut tanpa sebarang kenyataan surat peringatan akan dikeluarkan dan pihak ibu bapa atau penjaga akan dihubungi.

5.13  Ibu bapa atau penjaga wajib memberitahu Mudir sekiranya anaknya telah berhenti atau bertukar persekolahan.

6. Perhimpunan Maahad

  1. Perhimpunan rasmi mingguan diadakan setiap hari Isnin dengan bahasa rasmi. Semasa perhimpunan, pelajar menyanyikan Asmaul- Husna, Lagu Negaraku, Lagu Negeri Terengganu dan Lagu Maahad. Bendera dinaikkan semasa lagu-lagu tersebut dinyanyika Pelajar melafaz ikrar dan berdoa yang diketuai oleh petugas (pelajar).
  2. Semua pelajar wajib hadir perhimpunan rasmi minggua
  3. Pelajar dikehendaki beratur dan bergerak dengan senyap dalam barisan semasa bergerak ke bahagian la
  4. Pengumuman, peringatan, pemberitahuan, persembahan dan seumpamanya boleh dibuat semasa perhimpunan dengan kawalan guru dalam BM, BI, BA atau kesemuanya.

7. Hubungan Dengan Orang Luar

7.1    Semua pelawat termasuk ibu bapa/penjaga mesti berjumpa Mudir terlebih dahulu.

7.2    Pelajar tidak dibenarkan membawa orang-orang luar ke kawasan maahad kecuali berkaitan urusan rasmi.

3.3    Pelajar/pelawat hendaklah menutup aurat apabila berurusan dengan pihak maahad.

7.4    Orang luar tidak dibenarkan berada di dalam kawasan maahad tanpa kebenaran Mudir.

8. Pakaian Seragam Maahad

8.1    Pakaian pelajar di waktu belajar ialah jubah dan seluar putih serta kopiah putih.

8.2    Pelajar dimestikan memakai ketayap hitam.

  • Kasut dan Stokin:
    1. Kasut Kulit Hitam (Rasmi)
    2. Kasut ‘high cut’ adalah tidak dibenarkan
    3. Stokin putih dan tidak berbelang-belang

8.3      Tanda Nama dan Lencana

  1. Hendaklah memakai tanda nama di atas kocek baju sebelah kiri manakala lencana maahad di bawah tanda nam

8.4    Pakaian Pendidikan Jasmani/sukan/Permainan/Kokurikulum lain:

  1. T-shirt putih nama sekolah atau T-shirt rumah sukan
  2. Seluar trek berwarna hita
  3. Kasut kanvas berwarna puti Selipar atau sandal adalah dilarang sama sekali.

9. Barang-barangan Larangan

9.1    Semua jenis dadah

9.2    Semua jenis hasil tembakau

9.3    Semua jenis minuman keras/arak

9.4    Semua jenis senjata tajam dan senjata api

9.5    Pemetik api/mancis/lilin/pelita dan seumpamanya

9.6    Alat-alat yang bersifat tajam

9.7    Kamera/telefon bimbit/pager/radio/ TV/ MP3/MP4/walkman

9.8   Seluar jeans singkat/ketat/londeh

9.9   Pakaian yang tidak bermoral seperti pakaian ketat, mendedahkan aurat, gambar artis, lambang-lambang yang merosakkan akhlak dan sebagainya.

9.10   Semua jenis barang kemas

9.11  Rantai/gelang/cincin

9.12  Komik/majalah hiburan/novel cinta/gambar atau poster artis/gambar diri berfokus keterlaluan/tidak sopan

9.13  Cermin mata hitam/teropong

9.14  Pita video/kaset/CD/DVD

9.15  Kesemua jenis peralatan elektrik

10. Rupa Diri

10.1    Rambut hendaklah pendek dan kemas.

10.2    Rambut di bahagian depan hendaklah tidak melebihi separuh paras dahi.

10.3    Rambut di bahagian tepi tidak melebihi separuh bahagian telinga.

10.4    Rambut di belakang mestilah nipis dan tidak melebihi garisan di bawah cuping telinga.

10.5    Potongan rambut tidak boleh berfesyen seperti ‘punk’ diwarnakan, berekor dan terjuntai di hadapan serta memakai gel.

10 .6     Kuku hendaklah pendek dan sentiasa bersih.

Check Also

E-Waris