MAKSUD AL-QURAN
Home / Pentadbiran / Peraturan Guru & Kakitangan Maahad Tahfiz Mutiara

Peraturan Guru & Kakitangan Maahad Tahfiz Mutiara

Semua guru/kakitangan MTM dikehendaki memberi perhatian kepada perkara berikut  sebagai panduan terhadap perkhidmatan:

1. PERATURAN AM

1.1  TERAS PERKHIDMATAN

1.1.1    Berazam meninggikan mutu perkhidmatan.
1.1.2    Bekerja dengan penuh tanggungjawab.
1.1.3    Berusaha mengikis sikap mementingkan diri sendiri.
1.1.4    Berkhidmat dengan penuh muhibah dan kemesraan.
1.1.5    Bekerja ke arah memajukan pemikiran  ummah/rakyat.
1.1.6    Bekerjasama dalam membanteras kelemahan dan musuh negara.
1.1.7    Berpegang teguh kepada ajaran agama.

1.2  TATASUSILA PROFESION PERGURUAN

1.2.1    Bertanggungjawab terhadap pelajar.
1.2.2    Bertanggungjawab terhadap ibu bapa.
1.2.3    Bertanggungjawab terhadap masyarakat dan negara.
1.2.4    Bertanggungjawab terhadap rakan sejawat dan profesion perguruan.

2. KEDATANGAN GURU

2.1     Semua guru adalah diminta supaya datang sebelum jam yang ditentukan.
2.2     Setiap guru hendaklah menandatangani sendiri Buku Kedatangan Guru yang disediakan di pejabat sebaik tiba di sekolah dan sewaktu akan pulang.
2.3     Semua guru mestilah berada di kawasan sekolah sepanjang masa persekolahan.
2.4     Guru–guru hendaklah berada di dalam kelas-kelas yang ditugaskan mereka mengajar atau menggantikan guru yang sakit/cuti sepenuh masa.Guru-guru hanya boleh meninggalkan kelas itu jika ada hal yang lebih penting dengan persetujuan pihak pengurusan sekolah.

2.5     Guru yang hendak keluar dari kawasan sekolah pada masa sekolah mestilah mendapat kebenaran Pengetua/Penolong Kanan
2.6     Sekiranya guru tidak dapat hadir bertugas atau berlaku kecemasan, sila maklumkan kepada pihak pengurusan sekolah sebelum kelas bermula.
2.7     Sekiranya tidak dapat bertugas kerana sakit, sila kemukakan surat cuti sakit kepada pembantu tadbir/pendaftar dengan segera.

3. PAKAIAN

3.1     Semua guru hendaklah berpakaian kemas, sopan dan sesuai sebagai seorang pendidik dan menutup aurat.

4. PERGAULAN

4.1     Guru-guru hendaklah mengamalkan sikap hormat – menghormati sesama guru dan warga sekolah.
4.2     Jauhi sikap tuduh-menuduh, kata-mengata atau merendah-rendah satu sama lain.
4.3     Guru-guru hendaklah mempunyai sikap bertolak ansur antara rakan-rakan berhubung dengan tugas.
4.4     Sikap nasihat-menasihati antara satu sama lain hendaklah diamalkan.
4.5     Jangan bocorkan rahsia atau perkara sulit atau sensitif berkenaan rakan guru.
4.6     Elakkan bergurau dan menggunakan bahasa yang tidak sopan sesama guru di tempat-tempat yang boleh dilihat oleh pelajar atau pelawat-pelawat yang mana ini boleh menjatuhkan maruah guru.
4.7     Guru boleh bergaul mesra dengan pelajar  tetapi mestilah menjaga batas-batas agama dan masyarakat.

5. BUKU PERSEDIAAN MENGAJAR

5.1     Buku Persediaan Mengajar adalah merupakan dokumen yang menunjukkan kerja-kerja seorang guru.
5.2     Buku ini hendaklah dijaga dengan baik, dibalut dan jangan sekali-kali dihilangkan.
5.3     Sila penuhkan semua butiran yang dikehendaki.
5.4     Sukatan pelajaran bagi mata pelajaran yang diajar hendaklah disalin sepenuhnya, sama ada ditulis tangan atau ditaip dan ditampalkan atau disimpan dan mudah dikemukakan apabila dikehendaki.

5.4.1    Rancangan Pelajaran Tahunan

  1. Rancangan pelajaran yang merupakan pecahan sukatan pelajaran hendaklah disusun mengikut penggal dan tajuk dari yang senang kepada yang susah (tidak semestinya mengikut susunan dalam Sukatan Pelajaran) Pastikan penyelarasan telah dibuat dengan panitia mata pelajaran.
  2. Rancangan pelajaran ini hendaklah sama bagi semua kelas dalam tingkatan yang sama.
  3. Semua ruangan di bahagian Rancangan Pelajaran ini hendaklah dilengkapkan, iaitu isi pelajaran, objektif, aktiviti- alat bantu mengajar dan hasil pembelajaran.
  4. Pecahan Rancangan Pelajaran ini hendaklah dibuat sepenuhnya kalau ada kelas yang terlalu lemah, tidak sempat dihabiskan dan catatan mestilah dibuat.

5.4.2    Rancangan Harian

  1. Rancangan harian adalah petikan daripada Rancangan Tahunan yang ditulis lebih terperinci lagi yang mengandungi maklumat-maklumat seperti yang dikehendaki.
  2. Rancangan harian ini adalah merupakan rancangan bagi sesuatu kelas berkenaan. Sekiranya guru tidak hadir, misalnya kerana menghadiri kursus/cuti, guru hendaklah menulis rancangan yang sepatutnya diajar di kelas tersebut bukannya mencatatkan bahawa guru menghadiri kursus/cuti. Dengan ini guru pengganti akan dapat menyambung tugas berkenaan di kelas itu.
  3. Rancangan Harian hendaklah ditulis pada baris yang sama bagi kelas yang sama pada setiap muka. Satu garisan hendaklah dibuat bagi memisahkan antara kelas.
  4. Buku Persediaan Mengajar hendaklah diserahkan ke pejabat pada tiap-tiap hari Jumaat (atau hari persekolahan yang akhir bersekolah dalam minggu/penggal itu) untuk disemak. Sila pastikan rancangan harian untuk hari  berikutnya(minggu berikut) telah disiapkan.
6. JADUAL KEDATANGAN

6.1     Jadual kedatangan perlu diisi dengan menggunakan  ballpen hitam dan biru gelap sahaja.
6.2     Kedatangan murid hendaklah ditanda setiap hari mengikut panduan yang diberikan.
6.3     Jadual kedatangan hendaklah dihantar ke pejabat sebelum jam 9.00 pagi setiap hari
6.4     Pelajar yang tidak hadir kerana mengikuti program anjuran sekolah ditandakan sebagai hadir.

7. PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN.

7.1     Seboleh-bolehnya hendaklah dielakkan daripada pengajaran yang bercorak rencana (dictation). Pengajaran yang baik adalah yang bercorak penerangan yang lebih luas.
7.2     Sebaik-baiknya elakkan dari duduk di atas kerusi (apatah lagi duduk di atas meja) semasa  mengajar kecuali oleh sebab tertentu.
7.3     Elakkan daripada menyuruh murid-murid menyalin di papan hitam atau merencanakan nota kepada murid-murid lain sedangkan guru duduk dikerusi atau keluar meninggalkan kelas.
7.4     Pengajaran yang bercorak penglibatan bersama, iaitu murid-murid turut melibatkan diri, adalah mustahak untuk menimbulkan minat mereka. Murid-murid diminta membuat catatan dan catatan murid hendaklah disemak oleh guru dari semasa ke semasa.
7.5     Guru-guru hendaklah menggunakan lebih daripada satu kaedah mengajar agar pengajaran guru lebih menarik dan berkesan. Banyakkan menggunakan alat-alat bantuan mengajar dan,jangan terhad kepada ‘chalk and talk’ sahaja.
7.6     Guru-guru adalah diminta supaya masuk ke kelas/makmal tepat pada waktunya.
7.7     Semasa di makmal, guru-guru hendaklah sentiasa berada bersama-sama dengan murid untuk memberi tunjuk ajar kepada mereka. Murid-murid janganlah ditinggal melakukan praktikal tanpa diawasi oleh guru. Sekiranya sesuatu terjadi, guru berkenaan adalah bertanggungjawab.
7.8     Di dalam hal-hal tertentu, guru yang terpaksa meninggalkan kelas/makmal, hendaklah meminta seorang rakan yang lain mengawasi kelas tersebut.

8. KERJA-KERJA BERTULIS DAN BUKU LATIHAN

8.1.    Berilah latihan kerja bertulis sebanyak mana yang sesuai mengikut keadaan. Bagi pelajaran biasa, kerja-kerja bertulis yang berbentuk karangan hendaklah  tidak kurang dari 2 kali sebulan, disamping latihan-latihan lain. Tiap-tiap kerja bertulis ini mestilah diperiksa/dilihat.
8.2.    Semua kerja bertulis ini hendaklah dibuat di dalam buku, buku-buku rampaian/Latihan buku khas.
8.3.    Semua kerja bertulis ini hendaklah dipulangkan kepada pelajar selepas diperiksa pada kadar segera.
8.4.    Buatlah nota-nota tambahan / alatan mengajar jika perlu bagi menambahkan kefahaman pelajar.