Home / PENDAFTARAN / PERATURAN MAAHAD TAHFIZ MUTIARA

PERATURAN MAAHAD TAHFIZ MUTIARA

PERATURAN MAAHAD

Bil. Kandungan Muka Surat
1 Peraturan Am 2
2 Hari-hari Pengajian dan Rehat 3
3 Lawatan oleh ibubapa dan bermalam dirumah 3
4 Cuti Maahad 3
5 Waktu Pengajian 4
6 Perhimpunan Maahad 5
7 Hubungan Dengan Orang Luar 5
8 Pakaian Seragam Maahad 5 – 6
9 Barang-barang Larangan 6
10 Rupa Diri 6
11 Yuran 7
12 Ujian dan Peperiksaan 7
13 Akhlak 7
14 Penggunaan Tablet 8
15 Buku 8
16 Harta Benda Maahad 9
17 Pejabat 9
18 Bilik Guru 9
19 Bilik Kelas 9
20 Tandas 9
21 Peraturan di Surau 10
23 Penggunaan Kantin/ Tempat Makan 11
24 Peraturan Khas 11
25 Jenis Salah Laku 11 – 13
26 Tindakan / Denda 14

PERATURAN ASRAMA

Bil. Kandungan Muka Surat
1 Kawasan dan Bilik Asrama 15
2 Bilik Air dan Bilik Membasuh 16
3 Waktu Makan 16 – 17
4 Kiriman Bungkusan Makanan 17
5 Pakaian Pelajar 17 – 18
6 Peraturan Kad Keluar Penghuni 18
7 Keluar Bermalam 18 – 19
8 Peraturan Waktu Malam 19
9 Kecemasan/ Sakit 19
10 Pelawat 19 – 20
11 Surau/ Musolla 20
12 Kawasan Larangan 21
13 Tatasusila Penghuni Asrama 21
14 Tindakan tatatertib 22
15 Barang-barang larangan 22 – 23

 

1. Peraturan Am

  1. 1.1    Setiap pelajar dikehendaki mematuhi setiap peraturan yang terkandung di dalam Buku Peraturan ini dan apa-apa jua peraturan yang dikeluarkan oleh maahad dari masa ke semasa selepas daripada ini.

  2. 1.2  Semua pelajar yang berdaftar dan belajar di maahad ini dikehendaki memiliki dan mengamalkan nilai akhlak yang baik, bersopan dan berbudi bahasa sepanjang masa sama ada di dalam atau di luar kawasan maahad.

    1.3    Setiap pelajar tidak boleh berkelakuan dengan cara yang dapat ditakrifkan atau dianggap sebagai:

    1. Mencemarkan nama baik maahad dan individu.
    2. Melakukan perbuatan merosakkan harta maahad atau harta perseorangan atau harta awam.
    3. Mengganggu ketenteraman dan perpaduan maahad.
    4. Menimbulkan kegelisahan dan atau persengketaan dalam kalangan pelajar atau kakitangan maahad.
    5. Melakukan perbuatan menghina mana-mana pihak atau individu.
    6. Melakukan perbuatan menyiksa dan mengugut mana-mana individu.
    7. Tidak senonoh atau melakukan perbuatan yang tidak sepatutnya dilakukan oleh pelajar.

    1.4    Setiap pelajar dikehendaki belajar bersungguh-sungguh.

    1.5    Setiap pelajar dikehendaki menyertai semua kegiatan yang diadakan oleh maahad sama ada bercorak akademik, diniah atau kokurikulum.

    1.6    Setiap pelajar dikehendaki sentiasa menunjukkan prestasi yang cemerlang dalam bidang akademik, diniah, kokurikulum dan tingkah laku.

    I.7     Pelajar dilarang melakukan sesuatu yang membahayakan diri sendiri atau orang lain.

    1.8     Semua pelajar mesti berada di tempat-tempat yang telah ditetapkan mengikut masa yang ditetapkan semasa aktiviti di maahad dijalankanM