Home / Pengurusan Jemaah / Penubuhan Maahad Tahfiz Mutiara

Penubuhan Maahad Tahfiz Mutiara

Hasrat menubuhkan sebuah Maahad Tahfiz telah terpendam dalam sanubari Yang Mulia Ungku Hafsah Binti Mohd, seorang dermawan dan aktivis yang banyak mencurahkan idea, dana dan tenaganya melalui Yayasan Anak Warisan Alam, Yayasan Restu dan Masjid Abdul Rahman, Kampung Tunku Petaling Jaya. Selepas berkhidmat dengan Kumpulan Sime Darby lebih daripada 20 tahun, beliau dilantik sebagai Pengarah bagi Syarikat Adat Angkasa Sdn Bhd dan Kerjaya Sukses Sdn Bhd.

Alhamdulillah, beliau terjemahkan hasrat itu dengan membeli sebidang tanah seluas dua ekar di Cerong Tualang, Bukit Labohan, Mukim Kertih, Kemaman, Terengganu dan membina kemudahan-kemudahan asas diatasnya.

Beliau telah meminta Pertubuhan Kebajikan Al-Nidaa’ Malaysia (Al-Nidaa’) menubuh dan menguruskan maahad tahfiz disitu.

Sebagai NGO Islam yang berdaftar dan beroperasi sejak 2001, Al-Nidaa’ telah mempunyai empat buah sekolah terdiri daripada sebuah sekolah KAFA, sebuah sekolah rendah dan dua buah sekolah menengah Islam berasrama penuh. Al-Nidaa’ memang telah lama bercita-cita menubuhkan maahad tahfiz bagi memperluaskan pengalamannya dalam bidang pendidikan.

MTM merupakan usahasama murni kedua belah pihak dan ditadbirkan oleh Jamaah Pengurusan, yang termasuk seorang wakil YM Ungku Hafsah Binti Mohd.

Check Also

Staf MTM

MAHBOUB HAMZA – GURU UTAMA Seorang berbangsa Algeria berumur 30 tahun, Mahboub Hamza menyertai Maahad …