Home / Pengurusan Jemaah / Profil Jemaah Pengurusan

Profil Jemaah Pengurusan

Ustaz Shofwan Badrie

  • Mendapat pendidikan awal di Pondok Moden Darussalam, Gontor, Jawa Timur.
  • Mengajar di cawangan Pondok itu di Jakarta selama 7 bulan.
  • Menyambung pelajaran di Kolej Ilmu Islam dan Bahasa Arab, Universiti Imam Muhammad Saud, Jakarta (1 tahun).
  • Belajar di Universiti Islam Madinah, empat tahun, dapat ijazah BA dalam bidang Dakwah dan Usuluddin. Semasa di sana membantu dan membimbing jamaah dari Indonesia menunaikan haji tiap-tiap tahun.
  • Berkerja di Islamic Counsellor, Kedutaan Arab Saudi, Malaysia (1992 -1994)
  • Pendakwah Sukarela di Perkim Cawangan Bangsar sejak 1986.
  • Pendakwah Bebas.
  • Ahli Majlis Perunding Dan Kajian Ilmiyah Al-Nidaa’
  • Dilantik menjadi Timbalan Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Al-Nidaa’ Malaysia pada 26 Mac 2006 dan sebagai Pengerusi sejak Mac 2008.

Tuan Haji AR Othman Bin Mohamad (Mas Othman)

  • Tuan Haji AR Othman Mohamad, atau lebih dikenali dengan nama Mas Othman, APAM AIPDM, seorang akitek dengan ijazah B.Sc Arch dari Robert Gordon University Aberdeen Scotland, 1972.
  • Beliau memulakan karier akiteknya dengan bertugas sebagai Penolong Akitek di Hijjas Kasturi and Associates dari 1975-1976 dan selepas itu menunaikan khidmat negara selama 3 tahun di ibu pejabat JKR, Terengganu. Dalam tahun 1980, beliau membuka firmanya sendiri, Mas Othman Associates, yang beroperasi hingga kini.
  • Seorang muslim yang aktif, AR Othman berperanan sebagai imam masjid Al-Hidayah, Taman Melawati, Selangor dari 1995 hingga 1999. Dan kerana minatnya yang mendalam dibidang pendidikan Islam, beliau telah dan terus terlibat dalam penubuhan dan perjalanan beberapa sekolah Islam termasuk Sekolah Islam Adni di Kuala Lumpur dan Maahad Al-Manar di Kelantan.

Ustaz Zaharudin

  • Ustaz Mohd Zaharudin Bin Hussain, 45 tahun, seorang sarjana dalam kepimpinan sekolah yang kini dalam proses menyediakan thesis PhD nya, mempunyai ilmu dan pengalaman amat luas dalam pendidikan dan kepimpinan sekolah. Beliau telah mendedikasikan kerjayanya dari 1993 hingga 2013 dalam pengajaran, pentadbiran, pengurusan dan perkembangan Sekolah dan Maahad Tahfiz Kiblah beralamat di Kg. Jenderam Hulu, Sepang, Selangor hingga menjadi Pengetuanya selama 12 tahun.
  • Disamping itu beliau terlibat juga dalam beberapa usaha-usaha perniagaan yang berkaitan dengan sekolah itu termasuk menjadi Pengurus Operasi Yayasan Kebajikan Nusantara dari 1998 hingga 2008.
  • Ustaz Mohd Zaharudin banyak menyumbang bakti kepada masyarakat khususnya dalam bidang pengurusan tahfiz dan pendidikan Islam melalui konvensyen, seminar, kursus dan bengkel. Mulai 2007 hingga kini beliau merupakan Exco Daerah Sepang Persatuan Institusi Tahfiz Negeri Selangor (PITAS).
  • Beliau juga Penasihat Pusat Bahasa Arab & Maahad Tahfiz At-Taiyibah, Sg. Merab, Bangi, Selangor dan Pengarah Institusi Ilmuan Al-Quran (ILIQ) PITAS, Batu Caves, Selangor.

Abd Ghaffar Bin Abdul Rahman

  • Tn. Hj. Abdul Ghaffar Bin Abdul Rahman menerima pendidikan menengahnya di Technical Institute, Kuala Lumpur. Setelah menamatkan A-Levels dalam 1976 beliau bekerja dengan IBM World Trade Corporation sebagai Customer Support Engineer. Beliau dipindahkan ke Mesiniaga Berhad apabila ia ditubuhkan dalam 1982.
  • Sekarang ini Tn. Hj. Abd Ghaffar ialah Pengarah di Angkasa Solution Sdn Bhd, Adat Angkasa Sdn Bhd and Prominent Vision Sdn Bhd.
  • Beliau juga seorang ahli aktif di surau Raudhah Al-Muttaqin, Seksyen 4, Shah Alam dan sukarelawan di Masjid Kampong Tungku, Petaling Jaya.

 

Check Also

Penubuhan Maahad Tahfiz Mutiara

Hasrat menubuhkan sebuah Maahad Tahfiz telah terpendam dalam sanubari Yang Mulia Ungku Hafsah Binti Mohd, …