MAKSUD AL-QURAN
Home / Ucapan / Ucapan Selamat Datang Daripada Mudirah

Ucapan Selamat Datang Daripada Mudirah

Ucapan Selamat Datang Daripada Mudirah

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Selamat datang ke Laman Web MTM dan saya ucapkan terima kasih diatas lawatan Tuan/ Puan. Melalui laman web ini kami memaparkan hasrat, tujuan dan dasar-dasar maahad tahfiz ini bagi memudahkan ibubapa membuat keputusan mempercayakan anak mereka kepada kami atau tidak.

Laman ini mengandungi Visi, Misi, tujuan-tujuan, pendekatan, latarbelakang penubuhan dan orang-orang disebaliknya. Ia juga memperincikan kurikulum, guru-guru, takwim, asrama, yuran-yuran, cara memohon dan sebagainya.

Satu keistimewaan MTM adalah pergandingan hafazan Al-Quran dengan pelajaran bahasa. Kami memandang bahasa sebagai alat penajam intelek. Bendahara kata yang luas meluaskan fahaman bukan sahaja kepada benda yang bersifat fizikal tetapi kepada idea-idea yang abstrak yang membuka pintu kepada berbagai ilmu dan disiplin. Pendedahan kepada peribahasa yang indah memupuk imaginasi dan kesenian.

Bahasa Inggeris diiktiraf sebagai bahasa terutama dunia serta bahasa sains dan teknologi. Bahasa Arab pula adalah bahasa Al-Quran dan Jannah. Sudah barang tentu kefasihan dalamannya akan membantu dalam pemahaman Al-Quran.

MTM memahami realiti pendidikan seseorang pelajar bahawa hafazan Al-Quran merupakan sebahagian sahaja dari ilmu bagi persediaan kehidupan dewasanya. Dalam konteks negara ini kelulusan Sijil Pelajaran Malaysia adalah satu kemestian bagi pelajaran lanjut dan pekerjaan. Oleh itu MTM, melalui sekolah saudaranya, Sekolah Menengah Islam Tahfiz Al-Amin di Teluk Intan, Perak, menawarkan SPM Ekspress, iaitu program persediaan SPM dua tahun bagi pelajar-pelajar yang telah menamatkan hafazannya di MTM.

Silalah layari kandungan-kandungan yang dipaparkan. Sekiranya sudi atau perlu, tinggalkan komen atau soalan diruang Catatan Pengunjung dibawah Pautan atau berhubung dengan saya melalui email atau telefon. Sila juga lawat facebook kami.

Sekian, terima kasih.

Mudirah.