Home / Profil Pengurusan / Staf MTM

Staf MTM

MAHBOUB HAMZA – MUDIR

En.Mahboub Hamza berasal dari Algeria berumur 33 tahun. Beliau berkhidmat dengan Maahad Tahfiz Mutiara bermula pada April 2017. Berkelulusan dalam bidang Sarjana Sains Ekonomi, Pengurusan dan Perdagangan daripada Universiti Malaysia Terengganu, beliau merupakan seorang pencinta ilmu yang berkemahiran dalam Bahasa Arab, Perancis, Inggeris dan Melayu disamping bahasa ibundanya. Bermula sebagai guru sukarelawan di negara asal pada tahun 2007 sehingga 2010, kemudian sebagai tenaga pengajar di salah sebuah sekolah tahfiz di Pulau Pinang. Dan kini beliau  amat komited kepada tanggungjawabnya mendidik pelajar-pelajar Maahad Tahfiz Mutiara dengan kemahiran-kemahiran yang amat diperlukan dalam abad ke 21 termasuk kemampuan berkomunikasi, Critical Thinking dan Problem Solving disamping Hafazan Al-Quran sambil mengasuh mereka dalam pembinaan sahsiah dan akhlak mulia.

Check Also

Pendekatan Maahad Tahfiz Mutiara

Al-Quran diturunkan sebagai petunjuk bagi manusia dan pembeda diantara hak dan batil (lihat Al-Baqarah Ayat …